Mynews Holdings Bhd kini dijangka mengalami potensi pemulihan dan risiko pada tahun kewangan akhir Oktober 2022 kelak.
Firma penyelidikan CGS-CIMB itu melihat sasaran pertumbuhan ini didorong susulan berkembangan perkhidmatannya melalui perluasan kedai serbaneka Korea Selatan CU di negara.
Setakat ini, syarikat memiliki sekitar 41 buah cawangan dan merancang perluasan sehingga 150 rangkaian menjelang akhir 2022 kelak.
Selain itu, berikutan tindakan Mynews memperbaharui pilihan makanan pada penyediaan makanan sedia di makan (RTE) dan makanan segar pada operasi juga – berpotensi meningkatkan pulangan modal entiti pada 2022. Peruntukan yang lebih tinggi ini memberi petunjuk permintaan jualan terus meningkat.
Bagaimanapun Kenanga Research,melihat perkembangan tersebut berpotensi mengambil masa yang lama untuk Mynews raih pemulihan.
Berhubung pendapatan pula, Mynews menunjukkan peningkatan 10.9% kepada RM104.1 juta bagi data suku-ke-suku tahunan. Ia dicetuskan hasil pembukaan ekonomi secara beransur mulai pertengahan Ogos tahun ini. Adanya penerapan strategi baharu ia akan membawa rangkaian Mynews penuhi permintaan runcit tempatan.