Tatkala arena teknologi kewangan – fintech semakin meluas pada akses ekonomi global. Segmen tersebut dilihat masih rendah pada penyertaan wanita.
Berdasarkan tinjauan Findexable, hanya 21% wanita menggunakan fintech berbanding 29% lelaki. Kadar ini secara langsung mencetus kerugian pada pertumbuhan ekonomi negara. Untuk makluman, penglibatan wanita dalam ekonomi berpotensi meningkatkan nilai KDNK global di paras AS$28 trilion, menjelang tahun 2025 kelak.
Melalui penyelarasan keseimbangan fintech, ia juga berupaya meningkatan hasil sekitar 70%.
Tidak hanya isu penggunaan dan penyertaan dalam arena fintech. Bahkan sekiranya dilihat pada penerimaan pelaburan antara fintech wanita dan lelaki, fintech yang diasaskan oleh lelaki menerima dua kali ganda pelaburan kewangan berbanding wanita.
Sedangkan dari aspek penjanaan wanita menjana lebih tinggi dengan purata 78 sen berbanding lelaki 31 sen. Jurang ini secara langsung menunjukkan, ekonomi terus memaparkan perbezaan dari segi penglibatan, jantina kedudukan dan akses kewangan.