Artikel

WHO Saran Sambutan Krismas Dibatalkan, Elak Penularan COVID-19

Peningkatan kes varian Omicron pada paras global ternyata menimbulkan kegusaran buat sistem kesihatan dunia. Penekanan garis panduan pergerakan orang awam harus diperkasakan.

Mengamati situasi penularan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar sambutan Krismas pada 25 Disember itu sewajarnya dibatalkan.

Meskipun setiap negara memiliki garis panduan tertentu dalam pelaksanaan perayaan dan sambutan, namun sikap leka orang awam masih lagi tinggi.

Tambahan dengan adanya pelaksanaan dos penggalak secara tergesa – ia seolah-olah memberi jaminan keselamatan kepada semua pihak. Namun tanpa sedari sikap negara kaya yang tergesa-gesa melancarkan suntikan vaksin tambahan ini mendorong kepada jurang yang lebih besar pada akses vaksin.

Di mana, negara berpendapatan rendah dan miskin kekal tertindas pada keperluan dos vaksin COVID-19. Secara langsung menjadikan penduduk terlibat terus tersisih dalam memiliki perlindungan vaksin.

Maka Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus mencadangkan pembatalan sambutan, demi mengawal situasi penularan semasa.