Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun ini telah mengumumkan pengagihan dividen adalah 5.00 sen seunit.
Pengumuman secara sidang maya Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini secara tidak langsung memaparkan peningkatan lebih baik berbanding tahun 2020, di mana pihak mereka telah melakarkan sejarah pengagihan dividen terendah dengan 4.25 sen seunit sahaja.
Pembahagian dividen tahun ini terdiri daripada pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit.
Peningkatan yang baik ini disusuli keyakinan awam terhadap pemulihan, sentimen pasaran terus dipacu oleh dasar fiskal dan ekonomi. Selain itu kenaikan harga komoditi dan pembukaan perdagangan turut menyumbang kepada kesan positif ini.
Jumlah agihan ini akan melibatkan sejumlah RM8.9 bilion dengan pengagihan pendapatan kumulatif ASB berjumlah sebanyak RM168.5 bilion. Agihan ini akan memanfaatkan seramai 10.4 juta pemegang unit ASB. Buat pengetahuan umum ini rekod dividen dan bonus sejak 2011 hingga 2020: