Artikel

Singapura Sumbang Lebih RM250,000, Bantu Mangsa Bencana Malaysia Dan Filipina

Sejumlah AS$60,000 (RM253,00) aliran tunai akan diagihkan Singapura melalui SRC untuk membantu menyelamatkan mangsa banjir di Malaysia dan taufan di Filipina.

Isu bencana ini telah meragut banyak nyawa dan mencetuskan kemusnahan harta benda kepada rakyat kedua buah negara. Prihatin akan penderitaan yang berlaku Kementerian Luar Singapura akan mengagihkan dana itu kepada PBSM Malaysia dan Palang Merah Filipina.

Tidak hanya rakan negara jiran, beberapa firma besar turut menyatakan perancangan mereka untuk menyumbang bantuan kepada kedua buah negara. Antaranya adalah Tim Cook, pada laporan memaklumkan Apple akan menyumbang dalam membantu usaha baik-pulih daripada bencana di Malaysia dan juga Filipina.

Kenyataan tersebut telah dizahirkan beliau pada ciapan Twitter rasminya semalam (21 Disember).