Bagi membolehkan dana runcit labur, tawaran rangkaian instrumen dan aktiviti pelaburan diperluaskan – Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini mula melonggarkan rangka kerja dana unit amanah.
Untuk makluman, dana unit amanah ini menjadi komponen terbesar dalam skim pelaburan kolektif Malaysia. Di mana terdapat 39 syarikat pengurusan yang diperbadankan di Malaysia telah diluluskan untuk menawarkan 734 dana unit amanah dengan jumlah nilai aset bersih (NAB) sebanyak RM551.36 bilion.
Melalui usaha penambahbaikan tersebut ia kelak membolehkan dana runcit memberikan penawaran yang dipelbagaikan untuk memenuhi permintaan dan kesanggupan ambil risiko pelbagai pelabur. Ini akan menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan syarikat pengurusan unit amanah di samping membolehkan pelabur mengimbangi semula objektif jangka pendek dan panjang mereka dengan tawaran pelaburan yang lebih dipelbagai,
Tindakan itu berpotensi membangunkan lebih banyak produk inovatif dalam pasaran negara. Seterusnya langkah ini turut selaras dengan aspirasi Pelan Induk Pasaran Modal 3 untuk menjadi pasaran modal yang relevan, cekap dan dipelbagai dalam tempoh lima tahun akan datang, sekaligus memberi manfaat kepada setiap pihak berkepentingan.
Sebarang perincian lanjut, orang awam boleh layari pautan dibawah;