Artikel

McDonalds Jepun Alami Isu Rantaian Bekalan, Kini Tangguhkan Jualan Kentang Goreng Bersaiz Besar

Isu rantaian bekalan ternyata tidak hanya memberi kesan kepada sektor pembuatan, melibatkan komponen barangan sahaja – tetapi ia turut merangkumi sektor pemakanan. Dan kini situasi itu sedang menghimpit McDonalds Jepun.

Syarikat McDonald’s Holdings Jepun kini memaklumkan bermula 24 Disember, pihaknya akan menangguhkan jualan kentang goreng bersaiz sederhana dan besar selama seminggu. Gangguan bekalan yang di alami di Kanada itu menunjukkan kentang import dari Amerika Utara sedang mengalami ketirisan, susulan keadaan kesihatan semasa mengehadkan kapasiti pengagihan.

Jepun bagaimanapun, memaklumkan jualan kentang goreng bersaiz kecil masih dijual untuk menampung permintaan pengguna. Berdasarkan tindakan ini, syarikat McDonalds Jepun tidak mengukur sebarang kesan kewangan berhubung penggantungan jualan tersebut.