Artikel

Pengguna Kini Terima Akses Pembayaran Touch ‘n Go eWallet Melalui Fave

Lebih 60% transaksi nirtunai (tanpa tunai) di Malaysia telah dicapai setakat data 2019 hingga 2020. Ini secara langsung membuktikan pertumbuhan arena pembayaran digital berupaya merancakkan aliran perbelanjaan negara. Melihat tuntutan itu, Fave bersama Touch ‘n Go eWallet kini laksana kerjasama strategik pada pemerkasaan nirtunai.

Di mana para pengguna kini boleh nikmati kemudahan akses pautan TNG eWallet pada aplikasi Fave untuk tindakan pembelian dan pembayaran secara kod QR. Kerjasama ini tidak hanya memanfaatkan individu bahkan memberi keupayaan kepada perniagaan untuk perbelanjaan runcit tanpa sentuh dalam keadaan ekonomi yang sedang dalam fasa pemulihan, kini terdapat di lebih 20,000 cawangan runcit di seluruh negara.

Pada masa yang sama Fave turut menawarkan pulangan tunai sehingga 20% kepada para pengguna disamping dapat mengumpul setem di bawah ciri Goal Hunter.

Berdasarkan jangkaan mulai 2021 sehingga 2023, industri pembayaran mudah-alih berpotensi mencapai pertumbuhan CAGR sekitar 37%. Adanya peningkatan ini ia secara langsung memperkasakan ekosistem kewangan negara.