Artikel

TSMC Tampil Selaku Syarikat Asia Paling Bernilai, Pada Modal Pasaran Dunia

Firma China kini tidak lagi tersenarai pada carta 10 pasaran modal dunia. Ini bermakna Tencent Holdings dan Alibaba Group telah terkeluar selaku syarikat teratas global.

Situasi ini jelas didorong atas peningkatan perundangan selia oleh China yang telah mengehadkan perluasan empayar. Tambahan, ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) terus meruncing membawa kepada kesukaran dalam mencapai kesepakatan ekonomi.

Berbalik kepada senarai 10 teratas pasaran modal, laporan Nikkei ini secara langsung menjadikan Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) sebagai syarikat Asia paling berharga di dunia, di kedudukan ke 10.

Sementara kedudukan teratas pula terus diungguli oleh firma gergasi milik AS yang terdiri daripada Apple(1), Microsoft(2) dan Alphabet(3), syarikat induk Google.

Manakala kedudukan lain dimonopoli oleh:

  • Saudi Aramco (4)
  • Amazon.com (5)
  • Tesla (6)
  • Facebook Meta (7)
  • Nvidia (8)
  • Berkshire Hathaway (9)