Artikel

WHO Gesa Tamatkan Pandemik COVID-19 Pada Tahun 2022

Untuk kembali normal, semua pihak perlu bertimbang rasa dan sentiasa mengamalkan pematuhan garis panduan kesihatan di setiap negara. Tindakan prihatin ini tidak sekadar menguntungkan semua pihak, bahkan meningkatkan lagi kadar pemulihan pertumbuhan global.

Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini menggesa semua negara, pihak di peringkat dunia bersama-sama meningkatkan lagi pelaksanaan tangani COVID-19. Terutama menamatkan situasi ketidaksamaan dalam pengagihan vaksin terhadap negara-negara miskin.

WHO melihat tahun 2022, harus dijadikan sebagai tahun menamatkan era pandemik COVID-19 ini.

Sekiranya situasi ini berlarutan dengan ketirisan SOP dan disokong pula bersama kemunculan varian baharu – rakyat dunia akan terus alami kejatuhan, khususnya sistem kesihatan sesebuah negara.

Selain terus menyediakan bekalan vaksin kepada negara miskin dan pendapatan sederhana, seluruh warga dunia juga perlu sentiasa mengamalkan pemakaian pelitup muka, jaga jarak fizikal dan jaga kebersihan diri. Semua pihak turut perlu menghindari pelbagai aktiviti berkumpulan.

Tindakan sedemikian akan menjadi petunjuk kepada tahap moral rakyat dunia dalam menangani krisis kesihatan ini.