Bank Negara Malaysia (BNM) kini menyediakan kemudahan pembiayaan berjumlah RM200 juta untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas susulan isu banjir ketika ini.
Dana di bawah Kemudahan Bantuan Bencana 2022 – Disaster Relief Facility (DRF2022) ini akan berperanan membantu PKS menampung kos pembaikan atau penggantian aset perniaagaan yang telah alami kerosakan.
Buat semua PKS yang terlibat, jumlah pembiayaan maksimum boleh diperolehi sehingga RM500,000, sementara perusahaan mikro pula boleh memohon sehingga RM75,000.
Bagi langkah permohonan, kemudahan ini bakal dibuka mulai 27 Disember kelak, sebarang makluman lanjut berhubung tempoh moratorium dan kadar pembiayaan – pemain industri boleh layari pautan rasmi Bank Negara Malaysia DRF2022.