Syarikat gergasi teknologi Singapura – Sea kini menyertakan permintaan tempahan teksi bersama Blue Bird melalui aplikasi Shopee bagi penawaran di Indonesia.
Tindakan ini sekaligus memberi saingan menarik kepada aplikasi teknologi di Asia Tenggara.
Meskipun segmen ini bukanlah penawaran seru-pandu seperti mana yang dikendalikan oleh pesaingan utama GoTo dan Grab tetapi tindakan Sea ini berpotensi memberi perhatian menarik pada persaingan ketiga-tiga buah syarikat.
Pelaksanaan sejak minggu lalu ini, membolehkan pengguna Shopee menggunakan aplikasinya untuk memanggil teksi dari Blue Bird, pengendali teksi terkemuka Indonesia. Penambahan terbaru itu mengukuhkan jalinan perniagaan sedia ada antara kedua-dua syarikat.
Lebih menarik kemudaha segmen tersebut secara langsung turut mendapat sokongan pembayaran ShopeePay pada aplikasi dan turut dijadikan pilihan dalam bahagian kurier e-dagang.