Artikel

Penggunaan Kad Touch ‘n Go, SmartTAG Disasar Tamat Menjelang Akhir 2023

Susulan pengumuman Kementerian Kerja Raya dalam menerapkan 60% penggunaan RFID pada 15 Januari 2022 di semua plaza tol di laluan Juru, Pulau Pinang sehingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan.

Kini, kementerian juga memaklumkan sasaran penamatan penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG dijangka berlaku pada akhir tahun 2023.

Makluman pada sidang Parlimen hari ini (20 Disember) secara langsung memberi penjelasan berhubung kegusaran orang awam. Setakat ini kedua-dua akses tersebut masih berjalan seperti biasa dan ia akan dihentikan secara berperingkat.

Berdasarkan jangkaan juga, penerapan RFID akan memberi penjimatan kos yang lebih baik dan meningkatkan kadar kemasukan kepada 1,000 kenderaan sejam berbanding TNG hanya membenarkan kemasukan 550 kenderaan dalam tempoh sejam. Adanya kemudahan ini ia akan membantu memperkasakan perjalanan negara berhubung isu lalu-lintas.