Artikel

Hutang Global Meningkat 28%, Catat Rekod AS$226 Trilion

Catatan bagi tahun 2020, ternyata memperlihatkan peningkatan pada paras hutang global – yang kini mencecah AS$226 trilion. Lonjakan ini disusuli krisis COVID-19 dan ketirisan ekonomi yang berlaku sejak akhir 2019.

Malah kenaikan itu juga turut didorong atas peningkatan pinjaman daripada negara berpendapatan tinggi.

Data Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di bawah data hutang global ini secara jelas menunjukkan peningkatan 28%, lebih tinggi berbanding paras yang pernah dipikul sejak Perang Dunia II.

Berdasarkan pecahan kenaikan paras ini meliputi kadar hutang awam 124% dan hutang swasta pula 178% untuk 2020. Di mana negara kaya menjadi peneraju membentuk 90% daripada peningkatan hutang tersebut.

Umum perlu sedari, peningkatan tahap hutang yang tinggi akan menjadi faktor menghalang keupayaan pentadbiran menyokong pemulihan ekonomi dan kapasiti sektor swasta untuk jangka masa sederhana.