Artikel

Malaysia, Bangladesh Perbaharui Kesepakatan Pengambilan Pekerja Sehingga 2026

Data setakat akhir November menunjukkan negara kini memiliki seramai 326,699 pekerja warga Bangladesh yang berkhidmat di sektor tempatan.

Melihat pada pernyertaan itu, Malaysia dan Bangladesh kini memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) selama 5 tahun. Di mana lanjutan pengambilan pekerja asing ini akan berterusan sehingga Disember 2026 kelak.

Lanjutan ini susulan penamatan kesepakatan terdahulu yang telah berakhir pada 17 Februari 2021.

Tindakan tersebut telah dicapai setelah Kementerian Sumber Manusia (KSM) memiliki kelulusan mesyuarat Jemaah Menteri. Berdasarkan data, adanya usaha ini ia berupaya membantu sektor ekonomi negara menampung keperluan tenaga buruh, khususnya dalam sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan.

Sememangnya jika dilihat pada data, penyertaan pekerja warga Bangladesh pada dua sektor utama negara adalah tinggi iaitu sektor perkilangan seramai 111,694 dan pembinaan pula seramai 136,897.

Melalui kesepakatan yang dicapai, KSM memaklumkan segala langkah pengambilan adalah tertakluk di bawah jaminan perundangan negara, termasuklah Akta 446 iaitu Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja.