Artikel

Giant Menutup Semua Stor Di Selangor Dan Lembah Klang Sehingga Diberitahu Kelak – Disebabkan Banjir

Giant, salah satu pasar raya dan kedai serbaneka tempatan, kini mengumumkan mereka akan menutup semua stor-stor di Selangor dan Lembah Klang sehingga diberitahu kelak.

Langkah ini diambil oleh Giant disebabkan oleh banjir kilat dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Giant mengatakaan mereka mementingkan kesejahteraan semua ahli pasukan dan pelanggan, sekaligus mengambil langkah. Giant akan berkongsi tarikh pembukaan semula stor melalui laman sosial Facebook mereka.