Artikel

Malaysia Airlines Tampil Penerbangan Tempatan Pertama, Guna SAF – Hasil Minyak Masak Terpakai

Menyokong matlamat iklim industri penerbangan negara – Malaysia Airlines, syarikat penerbangan tempatan kini menjadi entiti pertama yang berdaftar menggunakan SAF iaitu Sustainable Aviation Fuel selaku bahan bakar.

Buat pengetahuan umum, bahan bakar ini meliputi campuran 38% SAF yang dihasilkan daripada minyak masak terpakai bersama bahan api jet konvensional.

Pendaratan pesawat Airbus A330-200 pada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini secara jelas menjadi titik bersejarah buat industri penerbangan negara ke arah kelestarian. Malah ia seiring dengan sasaran kelestarian negara menjelang 2025 kelak.

Untuk makluman pelaksanaan ini mendapat kesepakatan dagangan Petronas di Eropah iaitu PETCO Trading (UK) Ltd. dan Neste. Di mana antara entiti yang menerajui penghasilan diesel boleh diperbaharui dan SAF daripada sisa bahan terpakai.

Setakat ini, 45 syarikat penerbangan merangkumi lebih 370,000 penerbangan telah turut serta pada penggunaan SAF sejak 2016 lagi.