Artikel

Crocs Papar Lonjakan Prestasi, Saham Meningkat Hampir 2,000%

Meskipun terdapat pelbagai syarikat berdepan risiko rantaian bekalan terjejas dan ketirisan tenaga buruh, jenama kasut getah Crocs berjaya memaparkan lonjakan tinggi pada prestasi pasaran, di mana sahamnya kini melonjak hampir 130% untuk tahun 2021.

Ini sekaligus menunjukkan peningkatan lebih 1,900% dalam tempoh 5 tahun rekod dicapai oleh mereka. Lebih menarik, Crocs turut mendominasi keuntungan 85% kuasa budi bicara pengguna dalam senarai S&P 400.

Crocs juga pada September lalu turut menyasarkan pendapatannya akan alami kenaikan kepada lebih AS$5 bilion, menjelang 2026 kelak. Melihat pada aliran peningkatan saham ini, Crocs kekal optimis dan menyatakan keuntungan berterusan akan dicapai pihak mereka.