Artikel

DJI Bersama 7 Firma Teknologi China Kini Alami Sekatan Pelaburan, Eksport AS

Berikutan dilaporkan terlibat pada isu penindasan minoriti Uighur, kini terdapat beberapa firma teknologi China berdepan sekatan pelaburan dan eksport dari kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Tindakan tersebut ternyata merumitkan lagi ketegangan dan kemelut perdagangan yang wujud dalam kedua buah negara. Antara syarikat yang terlibat adalah pengeluar dron terkemuka global – DJI.

Dakwaan penglibatan syarikat-syarikat ini dikaitkan dengan sokongan pada pemantauan dan penjejakan biometrik ke atas kumpulan Uighur. Tidak hanya itu, AS turut memaklumkan pihak ini juga terlibat memiliki hubungan bersama kententeraan China, di mana menghalang perdagangan AS di bawah sekuriti mereka.

Melihat pada penguatkuasaan ini,  kedutaan China di Washington mengklasifikasikan langkah itu sebagai penindasan yang tidak berasas. Pihaknya bertegas pembangunan bioteknologi China sentiasa untuk kesejahteraan orang awam.