Pusat membeli-belah milik Jepun, Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre ini bakal dibuka pada tatapan pasaran tempatan tidak lama lagi. Cawangan yang pertama di Asia Tenggara ini dimaklumkan akan dibuka secara berperingkat. Bagi fasa awal ia akan beroperasi mulai 20 Januari 2022 ini.
Untuk makluman, pembukaan LaLaport BBCC ini dianggarkan memiliki 400 penyertaan kedai fizikal dan lebih menarik ia mengetengahkan pelbagai jenama dan antaranya pengenalan jenama terkemuka dari Jepun.
Pengendalian pusat membeli-belah yang diterajui Mitsui Fudosan Co. ini akan tampil selaku kemudahan komersial terbesar dengan lebih 82,6000 meter persegi keluasan. LaLaport BBCC ini menjadi LaLaport kedua Mitsui Fudosan di luar negara selepas Mitsui Shopping Park LaLaport Shanghai Jinqiao.
Tidak hanya penawaran jualan tetapi syarikat turut akan memperluaskan pembangunannya ke arah perhotelan, kediaman dan ruang pekerjaan bersama BBCC.
Untuk makluman Mitsui Fudosan Bukit Bintang Centre City (MFBBCC Retail Mall) adalah syarikat yang ditubuhkan secara bersama UDA Holdings Berhad, Eco World dan KWSP selaku sokongan kepada subsidiari Malaysia dalam projek pembangunan ini bersama Mitsui Fudosan Co.
Selain Malaysia, perluasan LaLaport juga turut tersedia pada cawangan di Shanghai dan Taiwan.