Bank Dunia kini memaklumkan perolehi suntikan tunai berjumlah AS$93 bilion iaitu RM393.3 bilion untuk disalurkan membantu negara termiskin di dunia bagi pemulihan susulan krisis ketika ini.
Dana tersebut merupakan penambahan tunai terbesar yang direkodkan Persatuan Pembangunan Antarabangsa (UDA) yang menyediakan geran untuk 74 negara, kebanyakannya berada di Afrika. Suntikan rangsangan ini termasuk AS$23.5 bilion sumbangan daripada 48 buah negara berpendapatan tinggi dan sederhana serta pembiayaan yang diperoleh dalam pasaran modal dan sumbangan Bank Dunia sendiri.
Melalui peruntukan itu, ia berupaya membantu negara-negara di dunia bersedia mendepani krisis masa hadapan termasuklah penularan wabak, kejutan ekonomi dan bencana alam. Untuk makluman, sekitar 70% dana pembiayaan akan disalurkan ke negara di Afrika.