Artikel

Rakan Penghantar B40 Foodpanda Malaysia Perolehi Perlindungan Insurans Tambahan

Rakan penghantar foodpanda Malaysia daripada kumpulan B40 kelak bakal menerima tawaran perlindungan insurans hayat sebagai jaminan keselamatan masa depan mereka.

Manfaat itu dapat dinikmati susulan aturan kerjasama di antara foodpanda Malaysia dengan PolicyStreet melalui MCIS. Di mana golongan yang berkelayakan perlu menepati kriteria pendapatan seperti isi rumah bulanan sekitar RM5,000 ke bawah atau pendapatan indivisu sekitar RM2,500 ke bawah.

Perlindungan insuran hayat ini melibatkan manfaat tambahan sekitar RM25,000 sekiranya berlaku kematian disebabkan kemalangan dan agihan RM5,000 untuk kematian yang berlaku secara semula jadi.

Pelaksanaan penawaran secara percuma ini juga akan memberi kelebihan kepada rakan penghantar B40, di mana ia tertakluk selama 12 bulan. Ini secara terus memanfaatkan rutin pekerjaan mereka dalam masa setahun.

Untuk makluman awam, menerusi perlindungan baharu ini juga rakan penghantar menerima kenaikan insurans kesan kematian dari kemalangan berjumlah RM125,000. Sementara bagi semua rakan penghantar lain yang terdiri daripada pelbagai kumpulan kelas pula telah memiliki insurans berjumlah RM100,000 untuk kesan yang sama.