Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini tidak lagi memerlukan kebenaran pembayar cukai berhubung perolehan maklumat butiran akaun bank mereka dari perbankan – LHDN boleh memiliki maklumat itu secara terus untuk menjalankan sebarang semakan atau siasatan.
Tindakan tersebut tertakluk di bawah pindaan baharu Seksyen 106A Akta Cukai Pendapatan.
Di mana seksyen 106A yang dicadangkan membolehkan LHDN menuduh pembayar cukai di mahkamah, seterusnya membenarkan LHDN meminta butiran akaun bank pembayar cukai sebaik perintah penahanan dikeluarkan.
Malah, pihak bank juga tidak dibenarkan memaklumkan perkara tersebut kepada pembayar cukai.
Sekiranya bank melanggar aturan seksyen ini, mereka boleh didenda antara RM200 – RM20,000 dan penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Melalui laporan Sin Chew Daily ini, dahulu pembayar cukai perlu menandatangani borang kebenaran sebelum bank dibenarkan berkongsi makluman tentang akaun mereka kepada pihak berkuasa. Namun tindakan itu tidak diperlukan lagi.
Untuk makluman, Seksyen 106A adalah antara cadangan pindaan yang disenaraikan dalam rang undang-undang Kewangan 2021 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Ini bermakna Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) tidak lagi terpakai pada penguatkuasaan seksyen tersebut kelak. Namun jika diperhatikan, pelaksanaan PDPA seharusnya memerlukan pihak bank mendapat kebenaran individu sebelum memberi butiran peribadi pembayar cukai kepada LHDN.
Buat pengetahuan umum, ketika ini dianggarkan sekitar RM300 bilion jumlah pengelakan cukai dicatatkan Malaysia. Anggaran tersebut menyamai 18% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Menurut Datuk Chua Tia Guan, Ketua PErunding Cukai dan Kewangan Asia Business Centre Malaysia -kegagalan LHDN miliki semula tunggakan cukai ini menjadi suatu kerugian buat ekonomi negara. LHDN berhak merampas aset pembayar cukai termasuk simpanan di bank sebaik sahaja mendapat perintah perundangan.