Artikel

Sime Darby Motors, TNB Capai Sepakat Perkasa Penggunaan EV Di Malaysia

Selari dengan matlamat menjadikan Malaysia selaku negara neutral karbon, Sime Darby Motors kini laksana kerjasama strategik bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memperkasakan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di pasaran tempatan.

Melalui usahasama ini secara langsung turut menyokong pembangunan rangkaian infrastruktur pengecasan EV yang lebih cekap di dalam negara. Di mana Sime Darby menerusi perniagaan teras iaitu permotoran dan perindustrian akan mengfokuskan kepada proses pembekalan serta penyelenggaraan komponen pengecasan EV.

Sementara TNB pula berperanan dalam kepakaran bekalan pengurusan tenaga dan pemasangan infrastruktur pembangunan EV di lokasi terpilih yang berupaya meningkatkan komuniti EV. Pengamatan ini sekaligus akan membawa kepada tindakan meminimumkan kos serta menyokong sumber tenaga hijau negara.