Artikel

Malaysia Rekod 55,742 Individu Kehilangan Pekerjaan, Sejak Januari-Awal November

Sejak Januari sehingga 5 November lalu, terdapat 55,742 individu terpaksa berdepan situasi kehilangan pekerjaan. Situasi didorong atas faktor krisis ekonomi yang melanda Malaysia.

Menyedari kepentingan jaminan tunai kepada pekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kini telah memainkan peranan mereka menyalurkan peruntukan RM629.2 juta menerusi Sistem Insurans Pekerja, sejak Mac 2020 lagi.

Berdasarkan perkongsian Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi rekod kehilangan pekerjaan tersebut, sekitar RM324.6 juta diperuntukan untuk agihan individu terlibat. Bagi membantu mereka menampung ketirisan pendapatan yang didepani.

Malah untuk perincian lanjut – dana keseluruhan Perkeso itu turut merangkumi penyaluran berkaitan elaun mencari pekerjaan (RM588.5 juta), elaun pendapatan berkurangan (RM6.9 juta) dan elaun bekerja semula (RM33.8 juta).