Artikel

Harga Barangan Pengguna Dijangka Stabil, Menjelang Januari-Februari 2022 Kelak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDPNHEP) kini menyasarkan harga barangan pengguna dijangka stabil sekitar Januari-Februari 2022 kelak.

Jangkaan ini selari pemerhatian mereka terhadap aliran harga barangan yang diperkatakan mulai menurun ketika ini. Malah sasaran itu turut akan disokong pembukaan ekonomi yang lebih meluas pada tahun hadapan.

KPDNHEP turut menjelaskan pengaturan insiatif bantuan seperti Penguatkuasaan Ops Menu, Jualan Keluarga Malaysia, Kawalan Harga dan Skim Harga Maksimum dalam tempoh November hingga Disember ini bakal memberi kesan kepada setabilan harga pasaran – ia secara langsung membantu pengguna menerima manfaat asas yang berpatutan.

Antara tinjauan penurunan harga yang diperlihatkan adalah purata harga barangan seperti ayam, telur dan sayur-sayuran. Untuk makluman hasil pemantauan harga pembelia sayur menurun sehingga lebih 17% pada permis jualan.