Walaupun terdapat kebimbangan susulan kemunculan varian Omicron COVID-19, ia tidak menidakkan permintaan pelancongan domestik Malaysia. Terutama ketika menghampiri penghujung tahun 2021.
Pemerhatian Persatuan Hotel Malaysia (MAH) memaparkan kadar penginapan hotel ketika ini terus meningkat. Di mana destinasi popular dijangka menunjukkan peratusan penginapan mencecah 70%, manakala lokasi lain pula memiliki purata penginapan sehingga 50%.
Malah peningkatan permintaan penginapan ini juga turut disokong hasil pakej pelancongan yang diselaraskan negara. Atas kerjasama dengan semua pemain pelancongan. Ini kerana penawaran percutian yang lebih berbaloi pada harga berpatutan menjadi pilihan pengguna awam untuk turut serta menyumbang kepada ekonomi Malaysia.
Pada laporan TMR, Ketua Pegawai Ekekutif MAH iaitu Yap Lip Seng turut beri penekanan meskipun rakyat Malaysia kekalkan keyakinan meneruskan perjalanan, pematuhan SOP juga harus dikekalkan. Pemantauan berkala dan tertib akan menjadi tanggungjawab pengurusan untuk memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
Maka tindakan yang sama wajar dilaksanakan oleh semua pihak, supaya tidak mencetuskan sebarang penularan yang lebih besar.