Artikel

Apple Semakin Hampir Pada Nilai Pasaran AS$3 Trilion

Apple Inc pada hari Isnin memaparkan peningkatan saham 1%. Ia secara langsung menjadikan syarikat pengeluar iPhone ini selaku syarikat terawal yang akan melepasi nilai pasaran AS$3 trilion, pada kedudukan dunia.

Berdasarkan laporan 13 Disember memperlihatkan kenaikan kepada AS$181.12 untuk nilai saham. Untuk makluman, minggu lalu Apple telah berjaya mencapai rekod tertinggi dengan peningkatan 11%. Lonjakan tahun ini didorong atas permintaan peranti pintar, penggunaan khidmat Apple TV serta Apple Music.

Melalui momentum Apple tersebut, ia secara langsung akan meninggalkan nilai Microsoft Corp pada AS$2 trilion, sementara Alphabet, Amazon serta Tesla pula di bawah klasifikasi nilai lebihi AS$1 trilion.