Artikel

Malaysia Papar Lonjakan 8.9% Hasil Negara, Sekitar RM210.4 Bilion Dicatatkan

Malaysia kini mencatatkan peningkatan pada hasil negara sekitar 8.9% kepada RM210.4 bilion berdasarkan data sehingga akhir November 2021.

Kenyataan di bawah Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) ini tuurt menunjukkan jumlah perbelanjaan telah meningkat 4.9% kepada RM307.6 bilion, di samping menganggarkan penelitian semula defisit bagi 2021 adalah6.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat dicapai.

Melihat pada aliran pemulihan dan sokongan terhadap usaha ekonomi, Perdana Menteri Ismail Sabri turut berpendapat prestasi negara adalah seiring dengan matlamat yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Ia meliputi pembangunan teknologi tinggi, inovasi, sektor yang memiliki potensi menjana pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pasaran Malaysia.

Berdasarkan data, Kementerian Kewangan (MoF) akan terus berperanan memantau prestasi ekonomi dan perkembangan pertumbuhan dari semasa ke semasa, berdasarkan perubahan aliran ekonomi global.