Artikel

Sifat Terpencar Kripto Cetus Kesukaran Untuk Tetapkan Kawalan Khusus

Kerancakan arena kriptowang terus meningkat dari semasa ke semasa. Aliran sekaligus menimbulkan kegusaran beberapa pihak ekonomi akan peningkatan ancaman penipuan, terutama pada platform pelaburan.

Melihat perhatian itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) diusulkan untuk meneliti keperluan membentuk satu perundangan kawalan khusus pada arena aset digital ini. Bagaimanapun perkara itu ternyata sukar untuk dilaksanakan.

Menurut Datuk Eddin Syazlee, Timbalan Menteri Ekonomi di JPM pada sidang parlimen – susulan kriteria mata-wang kripto yang bersifat desentralisasi atau tiada pemusatan mutlak ini, ia menjadikan aset digital tersebut adalah terbuka dan memiliki dinamik risiko yang tidak dapat dikawal.

Semua pihak perlu sedari nilai kripto tidak berlabuh pada mana-mana asas ekonomi, dan ia juga tertakluk kepada perubahan spekulatif pasaran yang tajam. Ini secara terus mengundang risiko yang tinggi buat aliran pelaburan.

Maka peruntukan perundangan kawalan khusus dilihat sukar untuk dicapai bagi pihak atasan. Namun negara memiliki Suruhanjaya Sekuriti untuk mengawal secara khusus berhubung dagangan berkaitan kripto. Di mana SC akan bertanggungjawab membuka ruang pemahaman risiko, pelaburan berkenaan kripto terhadap para pelabur.