Loob Holding Sdn Bhd, iaitu syarikat induk Tealive kini memaklumkan pemilikan 35% kepentingan strategiknya pada jenama WonderBrew – iaitu pasaran kombucha iaitu penawaran teh yang ditapai.
Tindakan pembelian kepentingan ini secara langsung menepati sasaran Loob Holding untuk tampil selaku syarikat portfolio minuman terbesar di Asia Tenggara, di mana pengukuhan WonderBrew sejak 2020 berpotensi meningkatkan imej entiti.
Adanya peralihan ini, kedua-dua syarikat merancang memperkasakan operasi serta pemasaran pada pemintaan pengguna.
Berdasarkan kenyataan, pencapaian peralihan pegangan ini tidak dimaklumkan nilainya dan telah miliki penyelesaian setelah beberapa ketika dana ekuiti Creador diterima Loob Holding susulan peralihan kepentingannya 30% kepada pihak Creador – pada Jun 2021 lalu.