Artikel

Malaysia Space-X 2030, Sasar Perkasa Ekonomi Sektor Angkasa Negara

Bagi terus memperkasakan ekosistem angkasa negara, Malaysia kini sedang membangunkan kerangka Malaysia Space Exploration 2030 (Malaysia Space-X).

Kerangka di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu adalah sejajar dengan gagasan Dasar Angkasa Negara yang bermatlamat meningkatkan perolehan ekonomi negara.

Berdasarkan perkongsian asas pada sidang Parlimen hari ini, terdapat 4 inisiatif diselaraskan pada kerangka ini antaranya pembangunan satelit penderiaan jarak jauh.

Tidak hanya itu, pemerkasaan dari aspek penyertaan pelaburan untuk sektor angkasa negara dari pasaran luar juga turut jadi tumpuan MOSTI. Sementara berhubung cadangan penyertaan negara dalam kesepakatan Artemis NASA.

MOSTI memaklumkan Malaysia masih tidak bersedia ke arah langkah tersebut khususnya melibatkan peruntukan dan pulangan kepada negara. Untuk pengetahuan umum Perjanjian Artemis ialah perjanjian antarabangsa yang menetapkan negara boleh bekerjasama untuk menjalankan penjelajahan bulan secara aman.

Di mana ia merangkumi penggunaan sumber angkasa yang mampan, kerjasama untuk membina dan mengendalikan kapal angkasa, perkakasan, dan pelupusan serpihan orbital. Setakat ini, antara negara yang terlibat adalah Australia, Kanada, Itali, Jepun, Luxembourg, Emiriah Arab Bersatu dan United Kingdom.