Artikel

Sekiranya Gagal Laksana SOP – Syarikat, Agensi Kerajaan Terlibat Boleh Dikenakan Kompaun RM1 Juta

Tidak lama lagi semua pihak akan memperlihatkan peningkatan kadar maksimum kompaun di bawah Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Berdasarkan sasaran, pengenaan kompaun ini berupaya mencecah sehingga RM1 juta.

Kenyataan ini telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin pada temubual khas Bicara Naratif RTM (12 Disember). Di mana tindakan itu dapat dikenakan setelah pindaan Akta 342 dilakukan pihak KKM. Pembentangan perihal tersebut akan dilaksanakan pada Khamis ini di Dewan Rakyat.

Sasaran pengenaan kompaun yang lebih tinggi dari amaun asas RM1,000 ini adalah bertujuan memberi peringatan kepada semua pertubuhan. Terutama syarikat besar dan agensi kerajaan yang mengulangi kesilapan SOP serta mencetuskan kluster COVID-19 terhadap negara.

Perkara itu wajib dibendung untuk beri jaminan keselamatan kepada rakyat Malaysia. Khairy turut memperincikan pengenaan kompaun ini tidak semestinya mencapai paras RM1 juta, namun kadar berpotensi dikenakan sekiranya kegagalan berterusan dipaparkan oleh pihak yang sama.

Pada masa yang sama, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengakui kesilapan yang berlaku berhubung kegagalan pelaksanaan SOP di acara 100 Hari Keluarga Malaysia minggu lalu. Pihaknya memohon maaf dan menjadikan ia sebagai iktibar untuk semua pihak, perkemaskan SOP kesihatan Malaysia.