Artikel

PDRM : Tempoh Pengurangan Kadar Kompaun Saman Trafik 80% Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021

Bersempena dengan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, PDRM telah menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80% sejak daripada 9 Disember 2021 lepas. Ini skaligus meningkatkan lagi mereka yang berkunjung ke sistem pembayaran saman atas talian, disamping ke kaunter bayaaran saman trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah dan juga Ibu Pejabat Polis Kontijen.

Namun, kini dengan permintaan yang sangat tinggi, selain ramai yang berlumba membayar saman trafik, pihak PDRM mengumumkan akan melanjutkan lagi tawaran pengurangan kompaun saman sehingga 31 Disember 2021.

Pembayaran saman juga boleh dilakukan di semua kaunter bayaran trafik ibu pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah, seelain di portal MyBayar Saman, Pejabat Pos Malaysia dan juga ATM Maybank.

Bagi anda yang memandu kenderaan, boleh menyemak status saman anda, dan menikmati diskaun yang disediakan PDRM ini sekiranya terdapat sebarang saman tertunggak.