Artikel

Pengguna ShopeePay Kini Berpeluang Nikmati Pulangan Tunai 100%, Sempena 12.12 Jualan Hari Jadi

Bersempena 12.12 Jualan Hari Jadi, para pengguna ShopeePay kini berpeluang nikmati tawaran pulangan tunai 100% daripada peniaga ShopeePay. Langkah ini secara langsung merancakkan lagi aliran trafik ShopeePay.

Menurut Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia peralihan ke arah digitalisasi ternyata telah membantu mengukuhkan lanskap perushaan negara. Melalui platform Shopee, sekaligus meningkatkan lagi pengukuhan infrastruktur PKS Malaysia pada pasaran.

Selain menawarkan promosi, pulangan tunai dan peningkatan trafik. Sempena 12.12 Jualan Hari Jadi ini, ShopeePay akan membawa tawaran melalui Deals Near Me pada aplikasi, para pengguna berpeluang nikmati baucar ShopeePay 1 sen eksklusif pada 12 Disember ini.

Antara jenama makanan yang terlibat adalah seperti A&W, KGB, Kenny Rogers, FamilyMart, Krispy Kreme dan banyak lagi.

Tidak hanya baucar makanan, pada 12 Disember tepst jsm 12 tengah malam – 2 pagi dan 12 tengah hari – 2 petang pelbagai Baucar ShopeePay 1 sen yang menawarkan pulangan tunai hingga 100% (terhad pada RM1.20) akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Baucar-baucar ini dijangka memacu kira-kira 1 juta pengunjung dari atas talian ke peniaga luar talian.

Ini akan memperlihatkan penyertaan perniagaan seperti Billion, Econsave, FamilyMart, Guardian, Giant/Giant Mini, Hero Market, KK Super Mart, Lotus’s, MR.DIY, myNEWS, Ninso, dan Tealive.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari pautan Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi bagi penjelasan terperinci.