Artikel

Pertumbuhan Malaysia Berpotensi Capai 6%, Menjelang 2022

Walaupun depani risiko pemulihan ekonomi, aliran pertumbuhan bagi 2022 kekal memaparkan jangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 6%.

Sasaran ini diperlihat pada laporan prospek ekonomi 2022 MIDF Research dan penganalisis Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Peratusan yang kukuh ini didorong hasil keyakinan ekonomi berhubung peruntukan tinggi yang disalurkan di bawab Belanjawan 2022, di mana Perbelanjaan Pembangunan akan diagihkan sekitar RM75.6 bilion. Dana itu akan membantu perkembangan pertumbuhan buat Malaysia. Malah melalui peruntukan Kumpulan Wang COVID-19 sekitar RM23 bilion bagi 2022, juga dilihat berupaya memberi sokongan kepada sistem kesihatan negara depani sebarang risiko peningkatan penularan.

Untuk makluman, setakat ini negara memperlihatkan peningkatan baik buat ekonomi dengan 3.0% bagi tempoh 9 bulan pertama. Walaupun terdapat unjuran yang positif, pemerhati ekonomi kekal menyatakan sikap berhati-hati wajar dipraktikkan pada pasaran negara susulan kewujudan varian baharu.

Antaranya kemunculan Omicron ketika ini telah menimbulkan kebimbangan pada fasa pemulihan ekonomi negara dan dunia.