Artikel

Intel Malaysia Sasar Tingkatkan Peluang, Bakat Pemain Industri Elektrik Dan Elektronik Negara

Intel Malaysia, iaitu anak syarikat pengeluar cip terbesar global Intel Corporation kini mencapai persefahaman (MoU) bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk memperkasakan peluang serta bakat dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) tempatan.

Kesepakatan ini selaras dengan pemacuan teknologi yang semakin rancak pada landskap ekonomi negara. Meliputi pemacuan digitalisasi, pendedahan berhubung penyertaan kercerdasan buatan (AI), perluasan sumber tempatan dan penggunaan industri.

Ia juga turut akan melibatkan perluasan peluang dalam R&D serta meneliti keperluan pasaran bersama institusi pengajian tinggi negara. Sekaligus menghasilkan graduan yang berpotensi pada pembangunan negara.

Kolaborasi ini telah mula diatur sejak awal Januari 2021, dan sehingga kini antara usaha yang telah dijalankan adalah melaksanakan acara maya Program Intel Artificial Intelligence for Universities (AI4U), memberi pendedahan kepada perintis negara memperkasakan manfaat teknologi dalam industri.