Sistem pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dilaporkan mengalami kesesakan capaian.
Situasi ini berlaku susulan penawaran potongan kompaun saman sehingga 80% bersempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia dilaksanakan, iaitu bermula 9 Disember hingga 12 Disember ini.
Maka menyedari kesulitan ini, pihak PDRM menyarankan agar individu berserta oran awam yang terlibat melayari sistem pembayaran tersebut ketika di luar waktu puncak. Ini kerana sistem pautan tersebut adalah beroperasi selama 24 jam.
Namun para pengguna juga kini boleh melakukan pembayaran kompaun secara fizikal di kaunter PDRM KLCC, atau kaunter bayaran saman trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen pada jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Ini merangkumi tempoh hari cuti hujung minggu.
Susulan kesukaran yang berlaku diharap semua pihak terus mematuhi SOP dan mengikut saranan yang telah diperincikan oleh PDRM.