Artikel

Maybank Islamic, Etiqa – Turut Menyokong Pemasangan Stesen Pengecasan EV

Selain pemain automotif negara, pemain sektor lain kini turut mempergiatkan usaha dalam pasaran kenderaan elektrik Malaysia. Antaranya Maybank Islamic bersama Etiqa.

Kini kedua entiti, mula mengumumkan inisiatif pemasangan stesen pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) selari dengan matlamat untuk merangsang penggunaan EV di Malaysia.

Pelaksanaan pemasangan 4 stesen pengecaasan EV ini telah ditempatkan di Dataran Maybank. Di mana pembangunan stesen mendapat sokongan daripada penyedia tempatan EV iaitu ParkEasy.

Melalui kemudahan ini, pra-tempahan perkhidmatan dapat dilakukan melalui aplikasi dan sekaligus turut merangsang penggunaan transaksi nirtunai (tanpa tunai).