Artikel

Wise Perkenal Kad, Akaun Variasi Mata Wang – Beri Penjimatan Berganda Kepada Pengguna Ketika Berbelanja

Pengguna Malaysia kini boleh menjimatkan perbelanjaan di sekitar 200 buah negara melalui pengenalan kad pembayaran baharu daripada Wise.

Wise yang sebelum ini mengalami penjenamaan semula dari TranserWise, kini mula melancarkan kad serta akaun multi-mata wang atau berbilang mata wang kepada pengguna negara.

Untuk makluman, sekitar RM1.5 bilion telah dicatatkan oleh pengguna tempatan, berhubung tanggungan kos tersembunyi pada setiap transaksi perbelanjaan antarabangsa.

Menerusi kad ini, pengguna Malaysia berupaya memiliki akses terhadap lebih 50 mata wang berbeza – di mana akaun ini menawarkan kadar tukaran mata wang masa nyata tanpa caj tambahan mahupun tanpa kos transaksi luar negara.

Apa yang menarik, tidak hanya berbelanja pengguna juga boleh menetapkan jenis transaksi, mengehadkan perbelanjaaan dan menyimpan pada pertukaran wang dengan kadar segera menerusi akaun tersebut.

Ini bermakna pengenalan kad ini secara langsung memudahkan pengguna yang mengemar melakukan transaksi di dalam dan luar negara. Ia secara terus merancakkan lagi aliran perbelanjaan pengguna Malaysia.

Bagi turut serta pada penwaran pendaftaran percuma kad sehingga 1 Jnuari 2022 ini – para pembaca boleh layari pautan rasmi Wise dan memuat turun aplikasi Wise pada peranti pintar.