Artikel

Penglibatan Wanita Malaysia Dalam Arena Kriptowang Terus Melonjak Sejak 2020 – Luno

Sejak ia diperkenalkan bermula 2019, kini Luno memiliki lebih 600,000 penyertaan pengguna pada pasaran tempatan. Lebih menarik penglibatan wanita pada arena ini juga turut memaparkan peningkatan yang ketara.

Kini wanita pada landskap kriptowang memaparkan penyertaan 25%.

Data Luno, pada Tinjauan Tahunan Luno Sepanjang 2021 dan Tahun Baharu 2022 menunjukkan peratusan penglibatan wanita telah melonjak 7 kali kenaikan sejak tahun 2020 lalu. Meskipun begitu, kumpulan lelaki kekal mendominasi penyertaan kriptowang Luno dengan peratusan 75%.

Berdasarkan jumlah peratusan tersebut, sekitar 76% pelanggan kriptowang menggunakan arena sebagai pelaburan, sementara 15% untuk perdagangan, 6% untuk penghantaran dan penerimaan kriptowang. Manakala 2% lagi digunakan sebagai kaedah pembayaran. 

Untuk penjelasan lanjut, sekiranya dilihat pada data 6 bulan terakhir antara Oktober 2020 sehingga Mac 2021 – sekitar 96% pengguna wanita melibatkan diri dalam arena kriptowang adalah disebabkan pelaburan dan 56% pula adalah sebagai langkah simpanan nilai alternatif.

Maka untuk menjamin peluang penerokaan kriptowang terhadap wanita – perancangan bermula akhir tahun ini dan 2022 – Luno kini telah mula mengerakkan langkah siri kripto bersama wanita dengan memberi pendedahan kepada mereka di bawah Women In Crypto.

Tidak hanya memperkasakan sasaran itu, tahun 2022 juga akan memperlihat kehadiran kriptowang baharu pada platform dan menerapkan penggunaan Bahasa Malaysia kepada pengguna awam yang selesa menggunakan pilihan bahasa ini.