Artikel

PLUS, MPay – Atur Usahasama Sedia Khidmat Pembayaran Nirtunai Di Lebuh Raya

Pengguna awam kini mula ditawarkan kepelbagaian kemudahan pembayaran ketika melakukan perjalanan di lebuh raya. Terbaharu, MPay melalui anak syarikatnya iaitu ManagePay Service ketika ini telah mengatur usahasama dengan PLUS Malaysia Bhd bagi penawaran pembayaran runcit secara nirtunai (tanpa tunai) kepada kemudahan awam.

Menerusi kenyataan Bursa Malaysia, ManagePay Services akan berperanan sedia khidmat pembangunan aplikasi merangkumi perisian, peniaga, terminal bayaran, menyepadu sistem serta khidmat Internet Payment Gateway bersama rakan niaga PLUS yang beroperasi di kawasan berkaitan.

Khidmat itu meliputi kawasan perkhidmatan, rehat, parkiran dan beberapa platform di sepanjang lebuh raya di bawah kendalian PLUS Group.

Berdasarkan laporan juga, kesepakatan sejak 3 Disember ini berkuat kuasa selama 3 tahun dan ia akan mengalami pembaharuan secara automatik bagi setiap tahun perkhidmatan.

Melalui penyertaan MPay bersama PLUS ini – secara langsung akan memberi kesan positif kepada kedudukan perolehan kedua pihak.