Visa hari ini melancarkan khidmat nasihat kripto global kepada pelanggan aktif mereka, meliputi perbankan dan peniaga pasaran di bawah segmen Perundingan dan Analitis Visa (VCA) susulan lonjakan penerapan aset digital ketika ini.
Aturan ini didorong atas permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan mereka yang ingin menyepadukan kripto ke dalam tawaran platform mereka. Seperti yang umum sedari peningkatan aset digital meliputi kripto, NFT dan mata wang digital telah mula melonjak.
Maka langkah awal adalah memberi pendedahan berhubung pemahaman aset digital.
Menerusi khidmat ini, Visa ingin berperanan mendidik institusi kewangan tentang kripto, membenarkan pelanggan menggunakan rangkaian pemproses pembayaran untuk tawaran digital dan membantu menguruskan operasi sistem.
Sasaran itu disusuli tinjauan Visa menunjukkan hampir 40% daripada lebih 6,000 respondennya ingin menukar bank utama mereka kepada pihak yang menawarkan produk berkaitan kripto dalam tempoh 12 bulan akan datang. Melalui pelancaran ini ia dilihat seiring dengan matlamat Visa untuk turut serta dalam aset digital.