Artikel

Hampir 300 Pekerja ATA Meletak Jawatan – Setelah Polisi Kerja Lebih Masa Hari Minggu Dihentikan

Setelah melaksanakan polisi sifar kerja lebih masa pada hari Ahad atau erti kata mudah menamatkan polisi kerja lebih masa pada hari minggu, ternyata ATA IMS – iaitu pembekal rangkaian Dyson sebelum ini, kini terpaksa berdepan kehilangan hampir 300 pekerja.

Dasar itu dilaksanakan susulan terdapat beberapa tindakan pengurusnya membenarkan pekerja mereka bekerja melebihi jumlah jam yang dibenarkan. Menjelaskan laporan Reuters pada Ahad (5 Disember) lalu, ATA IMS menjelaskan polisi syarikatnya mematuhi undang-undang buruh Malaysia, yang membenarkan sehingga 104 jam pada hari bekerja biasa dalam tempoh sebulan sahaja.

Namun apa yang berlaku, budaya kerja lebih masa itu adalah berasaskan tanggungjawab sukarela pekerja mereka. Ini kerana syarikat ATA memiliki protokol membayar khidmat pekerja mereka 2 kali ganda bagi hari Ahad dan 3 kali ganda untuk hari cuti umum.