Artikel

Sabah Umum Penubuhan Syarikat Minyak Dan Gas Negeri – Melalui Perjanjian Bersama Petronas

Sabah kini memiliki syarikat minyak dan gas tersendiri, hasil Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan PETRONAS – di mana penubuhan SMJ Petroleum mula dilaksanakan pada hari ini (7 Disember).

Buat pengetahuan umum dokumen CCA telah mula dibentuk sejak 16 Jun 1976 lagi tatkala persetujuan royalti dicapai antara kedua pihak. Selanjutnya perbincangan berikut dilakukan pada 8 Oktober yang lalu sekaligus membawa kepada kesepakatan CCA.

Setelah itu sebuah jawatankuasa bersama dibentuk oleh Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) bagi meneliti penyertaan secara komersial Sabah dalam industri minyak dan gas bersama Kerajaan Persekutuan, negeri dan PETRONAS.

Adanya kesepakatan ini ia membuka ruang dan peluang secara aktif kepada Sabah dalam penerokaan pasaran industri minyak dan gas.