Artikel

Lebih 65% Syarikat Telah Menaikkan Gaji Pekerja Tahun Ini – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia

Tahun ini, majoriti syarikat di negara telah menaikkan gaji pekerja mereka. Sama ada jawatan eksekutif atau bukan-eksekutif.

Perkara itu telah diperincikan di bawah Tinjauan Gaji MEF Untuk Eksekutif dan Bukan Eksekutif 2021.malaysia economy

Berdasarkan pengamatan 65.2% syarikat responden telah melakukan kenaikan gaji kepada semua atau eksekutif tertentu dan 66.4% kenaikan gaji kepada semua atau bukan-eksekutif pada 2021.

Data penyertaan itu lebih tinggi berbanding kenaikan yang direkodkan bagi tahun 2020 – hanya 58.4% syarikat melakukan kenaikan gaji untuk eksekutif dan 61.70% untuk bukan-eksekutif.

Secara keseluruhannya gaji untuk eksekutif 2021 telah meningkat 4.40% sementara bukan-eksekutif meningkat 4.43%.

Melihat pada kenaikan ini, Persatuan Majikan-Majikan Malaysia menjangkakan purata kenaikan gaji akan meningkat 4.37% untuk eksekutif dan 4.17% untuk bukan-eksekutif.

Selain kenaikkan gaji, dapatan MEF turut melampirkan beberapa aspek ketersedian syarikat terhadap pekerja;

  • 58.2% syarikat ingin mengambil pekerja baharu
  • 80.9% syarikat lebih menawarkan pekerjaan mahir
  • 51.8% syarikat pula menawarkan pekerjaan separuh mahir
  • 5.0% syarikat meletakkan pekerja graduan baharu dalam kategori berkemahiran rendah