Tatkala pemerhati ekonomi dunia memberi amaran berhubung ancaman Omicron yang berupaya menjejaskan pemulihan pertumbuhan global. Berbeza pula dengan Menteri Kewangan Malaysia yang terus optimis dan menjangkakan negara memiliki potensi mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 3% sehingga 4%.
Kenyataan Tengku Zafrul Abdul Aziz pada sesi temubual khas bersama CNBC itu menjelaskan kerajaan Malaysia akan terus memberi sokongan penuh kepada rakyat negara dari aspek bantuan dan jaminan dana kelangsungan ke atas perniagaan tempatan.
Meskipun beliau akui kebimbangan berhubung tekanan inflasi yang tinggi kekal wujud dan berisiko memperlahankan aliran bekalan – Malaysia bagaimanapun telah menunjukkan momentum yang positif sepanjang 10 bulan bagi rekod tahun ini.
Di mana sektor pembuatan terus memaparkan peningkatan eksport 25% dan ia beri kelebihan kepada negara dalam menyumbang permintaan rantaian bekalan.