Sempena pelancaran komersial rangkaian – Digital Nasional Bhd (DNb) kini mengumumkan tawar spektrum 5G secara borong tanpa kos kepada semua pengendali rangkaian mudah alih(MNO). Iaitu mulai 15 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022.
Menurut laporan, tawaran ini adalah untuk tempoh percubaan komersial bagi semua kawasan tapak 5G akan siap di Putrajaya, Cyberjaya dan sebahagian Kuala Lumpur pada bulan ini.
Setakat ini terdapat satu MNO memaklumkan minat mereka bersama DNB dalam penyediaan rangkaian 5G kepada pengguna. Sementara itu 5 lagi MNO masih berada di tahap rundingan bersama DNB.
Melalui pengumuman ini, dijangka dalam tempoh 2 minggu lebih banyak penyertaan MNO akan diperlihatkan oleh DNB.