Artikel

Paras Harga Minuman Kopitiam – Dijangka Naik Sehingga 60 Sen, Mulai Januari 2022

Susulan peningkatan kos operasi, ia secara langsung bakal mendorong kepada kenaikan harga minuman di kopitiam dan mana-mana kedai kopi tradisional – mulai Januari 2022.

Melalui laporan menunjukkan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura menyasarkan purata kenaikan harga minuman adalah sekitar 20 sen sehingga 60 sen. Ia bergantung kepada lokasi premis kopi berkenaan.

Berdasarkan penjelasan lajut kenaikan harga minuman kopitiam di luar bandar dan bandar adalah berbeza. Untuk luar bandar dijangka naik sehingga 30 sen, sementara lokasi di bandar pula akan meningkat di antara 40 sen sehingga 60 sen.

Penyelarasan ini, susulan kenaikan paras sewa premis perniagaan – disamping kenaikan harga bahan minuman dan bebanan kos operasi melibatkan pembayaran gaji.

Untuk makluman, kebanyakan premis tidak melakukan penyelarasan harga kedai kopi tradisional sejak 6 tahun lalu menurut Persatuan Kedai Kopi Melaka.

Ini secara jelas, memberi gambaran tekanan kenaikan kos semasa akan mengubah perbelanjaan pengguna secara perlahan.