Indonesia kini memiliki perancangan untuk tampil selaku hab serantau lapangan terbang dengan melaksanakan kerjasama bersama pengendali India dan Perancis pada nilai usahasama AS$6 bilion.
Ini membabitkan perkongsian Indonesia Angkasa Pura II bersama konsortium Lapangan Terbang GMR milik GMR India dan Aeroports de Paris Perancis yang telah memperolehi kontrak pengendalian Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu – Wilayah Sumatera Utara Indonesia.
Tindakan ini sekaligus menunjukkan hasrat Indonesia akan menyaingi kedudukan Lapangan Terbang Changi – Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA – Malaysia.
Ia secara langsung akan mengurangkan penguasaan Changi dan KLIA pada arena lapangan antarabangsa.
Buat pengetahuan umum, sasaran Lapangan Terbang Kualanamu adalah meningkatkan aliran penumpang kepada 54 juta pelawat. Meskipun ia dilihat lebih rendah berbanding Changi – 68 juta penumpang, dan KLIA pula 62 juta penumpang namun sasaran itu telah setanding dengan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Luar Jakarta.
Setakat ini, tiada penjelasan lanjut berhubung tempoh ketersediaan Kualanamu ke arah itu – ia akan dimaklum dari semasa ke semasa.